Singgah makan tengahari di Bangi

Dwarung Bawal Bandar Baru Bangi memang ramai pengunjungnya sewaktu saya singgah ke sini.

Warung ini terletak di hadapan Petron dan Shell Seksyen 9 Sungai Ramal Luar Bandar Baru Bangi.

Kenderaan yang banyak diletakkan di tepi jalan utama menimbulkan perasaan ingin singgahmakan saya dan isteri. 

Kebetulan pula kami sedang lapar kerana belum sempat makan tengahari walaupun ketika itu jam menunjukkan jam 2 petang.

Makan tengahari di warung ini ringkas sahaja. Kita boleh memilih samada mahu memesan set ikan keli , set talapia, set bawal atau set ayam goreng. Set ini mengandungi ulam ulaman bersama sambal belacan dan kuah kari. 

Rasa masakannya bagi saya biasa sahaja namun lauk yang digoreng panas panas selepas pesanan dibuat memang menyelerakan.Itulah kadang kadang kita hanya memerlukan lauk lauk yang ringkas sahaja untuk membangkitkan selera.

Info Ringkas:
Harga Set tidak termasuk air : RM 6.50
Seksyen 9 Sungai Ramal Luar (hadapan petron dan Shell/ bersebelahan Roti Canai di Bukit)
Pemilik:Man ( 017-7144342)

Follow The Author