Tuesday, June 14, 2011

Kalau korang tak tahu apa itu mentarang, atau tak pernah mendengarnya sebelum ini, aku nak bagitahu mentarang ni adalah spesis makanan laut kerang kerangan. Ia bersepupu dengan kerang, remis, lala dan berjiran dan sehabitat dengan spesis akuatik laut yang lain. Dia tinggal di dalam lumpur di dalam tanah. 

Bila aku balik Sekinchan, kadang kadang pergi juga ke Sungai Besar.Di sepanjang jalan arah ke Sungai Besar itu , memang banyak gerai orang menjual mentarang di tepi jalan. Aku dengar , bahawa mentarang ini hanya ada di pesisiran pantai di sekinchan sahaja.  Aku tidak pasti pula betul ke tidak.
Ini ialah mentarang yang sudah di kopek kulitnya. Kadang kadang tengok sekali imbas macam sesiur yang di kupas pun ada. Macam la aku pernah kupas kulit sesiur tu. haha.
Sebelum di kopek mentarang tu  beginilah paras wajahnya. Kalau korang nak tahu, harga diorang jual di tepi jalan tu sekitar RM 8 sekilo . Sama taraf harga dengan harga ikan kembung besar di sekinchan tu. Makannya diorang ni berharga jugalah ye. Hahaha
Memang di sepanjang jalan tu, diorang bukan sahaja jual mentarang yang mentah, malah ada juga yang jual bakar. Cuma aku tak sempat nak ambil gambar gerai gerai jual mentarang tu. Lain kali kalau aku balik kampung aku snap dan share di blog ni.

Sebelum tu, ada beberapa resepi yang biasa orang buat. Resepi yang biasa aku dan famili aku buat,diorang masak pun sebab terfollow cara aku. Yelah benda ni benda baru di ketahui, masih banyak resepi yang belum di teroka sepenuhnya.

Resepi Mentarang Sambal Cili Padi


Resepi aku ialah, Mentarang masak sambal cili padi. Cara buatnya korang ambil bawang putih dalam 2-3 ulas, bawang merah pun sama juga, cili padi ambil dalam semangkuk yang telah di blender.

Tumis bahan bahan tadi sampai cili itu masak,masukkan mentarang dan perasa secukupnya. Kemudian boleh lah di makan dengan nasi bersama lauk pauk yang lain. 

Tagged:

2 comments:

Sabahan Bloggers Club said...

Salam cikgu.
Ada gak kawan bagi mantarang ni, tak perlu rebus dulu ke? Dia dah mati dia jadi busuk plak kat dalam peti sejuk.

yusri said...

yelah kena rebus dulu macam kerang juga..dah rebus simpan dalam peti ais