Resepi Sambal Sotong yang mudah dimasak


resepi-sambal-sotong
Sambal Sotong siap sedia untuk dimakan

Resepi Sambal Sotong sangat mudah untuk dimasak. Sambal sotong yang sedap bagi saya ialah sambal yang pekat dan manis dan sedikit pedas. 

Bahan Bahan Masakan Sambal Sotong

Cili Kering-15 tangkai
Bawang Besar- 1 labu
Asam Keping- 1 keping atau 1 sudu kecil asam jawa
Bahan Bahan Perasa (garam,gula ajinamoto)


Langkah Memasak

Blend Cili kering yang telah dibuang biji bersama 1 labu bawang besar.
Hiriskan bawang besar kemudian tumis dengan minyak.
Semasa menumis masukkan 1 sudu besar gula, masak sehingga cili betul betul masak.
Untuk memastikan cili masak sepenuhnya warna cili agak pekat
Masukkan sotong
Masak sotong 5-10 minit dengan api yang kecil. 
Masukkan garam dan perisa tambahan
Semasa memasak sotong sambal tak perlu letakkan air lagi kerana sotong mengeluarkan air sendiri.






Read More

Jualan Borong dan Runcit Biskut Raya 2016


Tolong jualkan Biskut Raya Mak Mertua kat kampung. Biskut Makmur dan Biskut Susu..resepi orang kampung..resepi orang dulu dulu...kuih tradisi yang tak lapuk dek masa. Pada masa sama ada jual jugak segala jenis biskut bangkit yang terbukti sedap.

Ada satu lagi biskut batang buruk resepi dari Johor yang banyak repeat order pada hari raya tahun lepas Whatspp saya..Saya hantar mai depan pintu..boleh?...0132274027

bangkit cheese-bangkit-cheese

biskut-homemade




Read More

Singgah Makan di The Garage KL


Singgah makan kali ini nak berkongsi satu 
tempat menarik 
yang berkonsepkan hipster.

Cafe yang diberi nama Gaffe&Co Cafe di The Garage KL. Terletak di Jalan Hillview Taman Sri Ukay dan berjiran dengan Bamboo Restoran. 
Kedudukan Cafe ini mudah dicari kerana ia ia terletak di pinggir jalan MRR2 menghala ke arah Ampang. 

Dekorasi atau hiasan dalaman  di cafe ini cantik dan unik.
Cafe yang dibina berasaskan beberapa buah badan kontena ini sarat dengan banyak sudut yang menarik untuk dilihat. 

Untuk pengunjung muslim kemudahan surau turut disediakan. 
Pada waktu malam  ada persembahan live band diadakan di kafe ini.







Read More

Nasi Lemak Sotong sedap di Keramat

Pilihan kedai sarapan saya di Keramat. Terletak di Keramat AU3 berhadapan dengan kedai pakaian Maroz. 



Nasi Lemak Sotong di Keramat 

Selain daripada nasi lemak kukus sotong soto nasi kaki ayam di kedai ini juga memang terbaik.


Soto nasi kaki ayam



Pemandangan warung dari hadapan 


Read More

Singgah makan tengahari di Bangi

Dwarung Bawal Bandar Baru Bangi memang ramai pengunjungnya sewaktu saya singgah ke sini.

Warung ini terletak di hadapan Petron dan Shell Seksyen 9 Sungai Ramal Luar Bandar Baru Bangi.

Kenderaan yang banyak diletakkan di tepi jalan utama menimbulkan perasaan ingin singgahmakan saya dan isteri. 

Kebetulan pula kami sedang lapar kerana belum sempat makan tengahari walaupun ketika itu jam menunjukkan jam 2 petang.

Makan tengahari di warung ini ringkas sahaja. Kita boleh memilih samada mahu memesan set ikan keli , set talapia, set bawal atau set ayam goreng. Set ini mengandungi ulam ulaman bersama sambal belacan dan kuah kari. 

Rasa masakannya bagi saya biasa sahaja namun lauk yang digoreng panas panas selepas pesanan dibuat memang menyelerakan.Itulah kadang kadang kita hanya memerlukan lauk lauk yang ringkas sahaja untuk membangkitkan selera.

Info Ringkas:
Harga Set tidak termasuk air : RM 6.50
Seksyen 9 Sungai Ramal Luar (hadapan petron dan Shell/ bersebelahan Roti Canai di Bukit)
Pemilik:Man ( 017-7144342)
Read More

Follow The Author